Ring Fit Adventure

Ring Fit Adventure[lower-alpha 2] ialah sebuah permainan video senaman berperanan yang dibangunkan oleh Nintendo bagi konsol Nintendo Switch. Permainan ini dibangunkan bersama-sama dua komponen fizikal: Ring-Con, sebuah gelang yang dipegang para pemain dengan satu slot Joy-Con, dan pembelit yang dipakai pada gelang kaki pemain yang juga memiliki satu slot Joy-Con.Permainan ini dilancarkan secara globat pada 18 Oktober 2019 dan menerima komen positif secara am oleh para pengkritik. Setakat pertengahan 2021, lebih 11 juta salinan permainan telah terjual, menjadikan permainan ini sebagai salah satu judul-judul Nintendo Switch yang terlaris dalam sejarah. Permintaan dan perhatian terhadap permainan ini memuncak pada 2020 dalam situasi pandemik COVID-19, tatkala pusat-pusat kesukanan dan senaman ditutup secara menyeluruh.[1][2]

Ring Fit Adventure

Mod Pemain tunggal
Artis Takafumi Kiuchi
Platform Nintendo Switch
Pengarah Hiroshi Matsunaga
Pelepasan 18 Oktober 2019
Penerbit Nintendo
Penulis
  • Mari Shirakawa
  • Yuichiro Ito
Pengatur cara Shinji Okane
Pembangun Nintendo EPD[lower-alpha 1]
Komposer
  • Shinji Ushiroda
  • Maasa Miyoshi
  • Shiho Fujii
  • Asuka Hayazaki
Pereka
  • Naoya Yamamoto
  • Ryosuke Suzuki
Genre Permainan senaman, berperanan
Pengeluar Kouichi Kawamoto